2013/02/23

Tukar Tayar Kereta Semasa Bergerak Senget

modyashers | 10:55 | Be the first to comment!
LOS ANGELES - Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut.

Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget.

Klip tersebut dimuat naik pada 10 Februari lalu.

Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya. - Agensi


Read more ...

2013/02/17

Toyota Auris Touring Sport

modyashers | 20:19 | Be the first to comment!
Toyota Auris Touring Sport baru adalah wagon pertama dalam segmen disediakan dengan powertrain hibrid sepenuhnya, dilengkapi dengan teknologi hibrid Toyota Synergy Drive.

Toyota Auris Touring Sport menggabungkan reka bentuk dinamik dengan fungsi terbaik dan ruang yang unggul. Dengan bateri yang terletak di bawah tempat duduk belakang, pemasangan powertrain HSD tidak mengganggu ruang belakang dan kapasiti bagasi belakang.
Jarak roda 2,600 mm dan 10.4 meter belokan,
Toyota Auris Touring Sport baru 285 mm lebih panjang daripada hatchback untuk membesarkan ruang penumpang dan bagasi belakang.

Tempat duduk belakang adalah 1,115 mm panjang dan 1452 mm lebar dengan kapasiti sebanyak 530 liter. Dengan tempat duduk belakang dilipat rata, luas muatan meningkat kepada panjang maksimum 2047 mm, ketinggian maksimum sehingga kepada 890 mm ​​dan kapasiti bagasi sebanyak 1658 liter.



Mungkin Toyota Auris Touring Sport baru ini adalah pengganti bagi Toyota Caldina?
Read more ...

2013/02/16

Kia Rio Baharu Dilancarkan

modyashers | 15:42 | Be the first to comment!
 Kereta yang amat dinanti-nantikan semua pada tahun 2013. Kia Rio 1.4 liter baharu akhirnya memasuki pasaran B-segmen Malaysia, dan disertakan dengan pakej yang menakjubkan untuk bakal pembeli. 

Untuk masa yang paling lama kita telah berteka-teki tentang harga Kia Rio, dan akhirnya kita boleh mengesahkan kereta ini dijual pada RM73,888.00 bagi varian EX, dan 79,888.00 bagi varian SX.

Prestasi: Memaksimakan kecekapan

Dikuasakan ndengan enjin Gamma 1.4 MPI CVVT dimana hanya 6 yang didapati di seluruh dunia. Dipasangkan dengan transmisi automatik empat kelajuan, prestasi bagi Rio baru adalah sehingga 109PS, 138Nm tork dan penggunaan bahan api adalah 6 liter/100km; kuasa yang baik juga bahan api yang lebih ekonomi.

Transmisi empat kelajuan automatik dan juga pilihan untuk anjakan manual (shifttronic gear).

Penggunaan bahan api juga dikurangkan lagi oleh aerodinamik kereta yang telah diuji dan ditala untuk rintangan dan bunyi yang minimum sehingga (0.32cd).

 
Spesifikasi: 2013 Kia Rio

Harga: RM73, 888 (EX), RM79, 888 (SX) OTR
Enjin: GAMMA MPI 1.4-liter CVVT
Transmisi: 4-kelajuan automatik (manual shifttronic)
Prestasi: 109PS, 138Nm tork
Penggunaan: 6 liter/100km


Dapatkannya di pusat jualan Kia sekarang.
Read more ...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Search